Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Rabu, 4 September 2013

Permohonan UiTM Ambilan Kedua Sesi 2013/2014

Permohonan UiTM Ambilan Kedua Sesi 2013/2014

Permohonan UiTM Ambilan Kedua Sesi 2013/2014 | Menerusi portal rasmi UiTM, ambilan kedua kini dibuka mulai 1 Julai 2013 hingga 18 Ogos 2013. Berikut adalah cara permohonan UITM secara online khas untuk pelajar yang berminat.

Cara Permohonan Online UITM Ambilan Kedua 2013/ 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIAyang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1. Pemohon dikehendaki melayari:

2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di


atau 


3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Julai 2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (No. Slip yang dibeli sebelum 1 Julai 2013adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

4. Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG / PENERAPAN / PROFESIONAL) semasa pembelian No. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Tiada pemulangan bayaran sekiranya berlaku sebarang kesilapan pembelian No. Slip.

5. Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 1 Julai 2013 (Isnin).


Tarikh tutup permohonan online


Tarikh tutup untuk permohonan ini ialah pada 18 Ogos 2013 (Ahad).


SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Memenuhi syarat status Bumiputera.
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan