Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014
Memaparkan catatan dengan label Permohonan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Permohonan. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

Permohonan ke Tingkatan 1, 4 SBP Tahun 2014.

A.  Permohonan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014
Permohonan akan dilaksanakan secara online mulai 1 September 2013 dan di tutup pada 15 Oktober 2013
Permohonan terbuka kepada pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2013.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.


Log masuk : public.moe.gov.my dan buat pendaftaran ibubapa:

Permohonan ke sbp 2014


***    Sebarang soalan sila kemukakan ke email ini  kpm.kawalan@moe.gov.my 
(nyatakan masalah yang dihadapi dan sertakan )
  1. Nama penuh pemohon 
  2. Angka giliran UPSR pemohon 
  3. No. KP pemohon 
  4. No. KP bapa 
  5. No. KP ibu

B.  Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2014
Permohonan akan dilaksanakan secara online mulai 1 September 2013 sehingga 15 Oktober 2013
Permohonan terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan PMR 2013.
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.
Permohonan ke sbp 2014
***    Sebarang soalan sila kemukakan ke email ini : kpm.kawalan@moe.gov.my 
(nyatakan masalah yang dihadapi dan sertakan  
  1. Nama penuh pemohon 
  2. Angka giliran PMR pemohon 
  3. No. KP pemohon 
  4. No. KP bapa 
  5. No. KP ibu
…………. …….


MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA






Rabu, 4 September 2013


Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014




Public MOE
Pertama kali daftar masuk, sila klik di sini
No. KP Ibu / Bapa / Penjaga :
Contoh : 830403049283
Katalaluan :



Permohonan Ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh akan dibuka pada 1 September 2013


Muat turun panduan pengguna


Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014 | Menerusi informasi terkini di laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan

  • Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2013 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
  • Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2013 hanya boleh memohon SBP sahaja.
  • Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
  • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.





Panduan atau Cara Memohon SBP 2014 Tingkatan 1 Dan 4 Online


Sebelum membuat permohonan, calon mestilah membaca buku panduan permohonan kemasukan ke SBP Tahun 2014. Untuk dapatkan buku panduan sila klik BUKU PANDUAN PERMOHONAN SBP 2014 ONLINE

Tarikh Tutup

  • Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2014 akan ditutup pada 15 Oktober 2013.

Maklumat


  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau


    Telefon: 03 8321 7400 atau 

    Faks: 03 8321 7403/ 7402.

  • Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.

Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya di url http://www.sekolahmalaysia.com ataupun http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.

 Kementerian Pendidikan Malaysia , Pendidikan , Permohonan , SBP , Sekolah Berasrama Penuh >

Permohonan Online Ke Sekolah Agama Tahun 2014 KPM


Permohonan Online Ke Sekolah Agama Tahun 2014 KPM

Permohonan Ke Sekolah Agama Tahun 2014 KPM Online | Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).

Permohonan Online Ke Sekolah Agama Tahun 2014 KPM


Permohonan secara atas talian (online) untuk kemasukan ke sekolah aliran agama bagi tahun 2014 boleh dibuat dengan melayari laman di bawah:


Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Oktober 2013 (Selasa).

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online
Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 Online | Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 mulai 1 Julai 2013. Para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sujil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh membuat permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Cara Memohon Program Matrikulasi


Permohonan ke Program Matrikulasi boleh dibuat melalui permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh diperolehi di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.

Pemohon boleh juga mendapatkan nombor ini melalui guru atau kaunselor sekolah.

Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut; 

[KLIK TAJUK PAUTAN DI BAWAH]


Sila rujuk juga pautan berikut untuk maklumat tambahan;

Kelayakan Minimum Akademik PST


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik dan Lukisan Kejuruteraan
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Kelayakan Minimum Akademik PDT


Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi 2014/2015 pada 10 Oktober 2013. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.


Kemaskini Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat kemaskini permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.



Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi


Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (http://www.moe.gov.my/) pada awal atau pertengahan bulan April 2014 untuk mengetahui status permohonan.


Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi


Surat tawaran perlu dicetak sendiri oleh calon yang berjaya dan membawanya bersama semasa mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada tarikh yang ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut mengenai surat tawaran dengan menghubungi terus kolej yang ditawarkan.


Penempatan Kolej Matrikulasi


Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM.


Rayuan Permohonan Matrikulasi


Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2014 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Permohonan UiTM Ambilan Kedua Sesi 2013/2014

Permohonan UiTM Ambilan Kedua Sesi 2013/2014

Permohonan UiTM Ambilan Kedua Sesi 2013/2014 | Menerusi portal rasmi UiTM, ambilan kedua kini dibuka mulai 1 Julai 2013 hingga 18 Ogos 2013. Berikut adalah cara permohonan UITM secara online khas untuk pelajar yang berminat.

Cara Permohonan Online UITM Ambilan Kedua 2013/ 2014


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIAyang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

1. Pemohon dikehendaki melayari:

2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di


atau 


3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 Julai 2013 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (No. Slip yang dibeli sebelum 1 Julai 2013adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

4. Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG / PENERAPAN / PROFESIONAL) semasa pembelian No. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Tiada pemulangan bayaran sekiranya berlaku sebarang kesilapan pembelian No. Slip.

5. Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 1 Julai 2013 (Isnin).


Tarikh tutup permohonan online


Tarikh tutup untuk permohonan ini ialah pada 18 Ogos 2013 (Ahad).


SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Memenuhi syarat status Bumiputera.
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.