Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Sabtu, 24 Ogos 2013

Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin

Khalifah Umar bin Abdul Aziz            
Sumber : Ayep - facebook


Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam, lahir pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau adalah pemimpin @ khalifah kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan telah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. 

 Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit kepada Khulafa Ar-Rasyidin kedua Umar bin Khattab.

Umar bin Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dengan bimbingan Ibnu Umar, iaitu salah seorang sahabat nabi yang paling banyak meriwayat hadis. Umar telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi serta bergaul dengan para pemuka ahli feqah dan ulama. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. 

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya). 


Sifat-Sifat Peribadi 

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang. 

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan. 


 Umar bin Abdul Aziz Sebagai Khalifah 

 Beliau dibai'ah / dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717M) setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas wasiat khalifah tersebut. Padahal sebenarnya dia tidak mahukan jawatan itu.

Oleh kerana itu dia mengumpulkan orang-orang di masjid untuk solat berjamaah lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan bersalawat kepada Nabi, dalam pidatonya dia mengatakan.

“Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin. Maka sekarang ini saya membatalkan bai'ah yang kalian berikan kepada diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!” 

Tetapi orang-orang yang hadir dengan serempak mengatakan, “Kami telah memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan kebahagiaan dan keberkatan!” 

 Setelah itu dia lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar. 

 Kenyataan Khalifah Abdul Aziz yang terakhir di atas iaitu agar taat kepadanya selagi dia taat pada Allah, dan jangan taat padanya jika dia tidak taat kepada Allah, adalah sama sepertimana yang diucapkan oleh Saidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata Saidina Abu Bakar seperti berikut;

 ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih). 


"Maka kita tanya diri kita sekarang, adakah kerajaan dalam negara kita sekarang ini mematuhi Allah? Sedangkan Hukum Hudud yang wajib dan diperintahkan di dalam AlQuran pun satu habuk kita tidak laksanakan."




Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” 

Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." 

Isterinya juga turut mengalirkan air mata. 

Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah : 

  1. Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran 
  2. Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal 
  3. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah 
  4. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa. 

 Selain daripada itu, beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. 

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Suryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam. 

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya. 


 Hari-hari terakhir Umar bin Abdul Aziz 

 Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki". 

 Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?” 

 Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa." 

 "Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?" "Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah." 

 Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah) 

 Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz. Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. 

Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya. 2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. 

Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri. 

 Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas! 


 Kesimpulan 

 Marilah sama-sama kita berusaha untuk melantik Perdana Menteri yang berjiwa seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mana tidak KEDUNIAAN , ZUHUD serta TAWADHU'. Dan membahagikan kekayaan negara sama rata di kalangan rakyat. Adakah anda rasa itu mustahil? Tidak sama sekali sebenarnya. Janji ada kehendak, doa dan usaha, kemudian tawakkal pada Allah s.w.t. 


 Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh lakukan di zamannya, mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang. Adakah kita hanya mahu menjadi PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba lakukan sedemikian juga? 

 Ingatlah, jika kekayaan dibahagi sama rata, maka tidak akan wujud hasad dengki, rompakan, curi, ragut, pecah rumah, bunuh-membunuh kerana harta dan seumpamanya. Tidakkah anda nampak itu aman seamannya? Dan kepada golongan kaya raya yang makin mahu menambah kekayaan, untuk apa kamu mahu bertambah kaya lagi? Untuk menunjuk-nunjuk hebat di dunia yang sementara ini? Adakah kamu boleh hidup selamanya di atas dunia ini? Berapa tahun sangat umur kamu dapat bertahan? 

Sedarlah dan jelirlah kepada bisikan-bisikan syaitan yang menghasut nafsu kita agar tidak pernah puas dengan kekayaan yang sedia ada. Buat apa kaya-raya sedangkan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan? Bimbang harta dirompak, diragut, dirampas, anak kena culik, isteri kena culik, dikhianat dan sebagainya. 

Jika kita teruskan dengan konsep dan kaedah yang ada sekarang ini, maka orang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan tersepit dan makin terkepit. 

Dan apabila disebut agar berusaha agar rakyat sama kaya semuanya, akan ada lah mulut-mulut 'mengada' yang mengatakan "tu nak suruh rakyat agar malas berusaha lah tu". Atau pun "ini nak suruh kerajaan beri subsidi selalu lah ni". 

Orang yang cakap begitu biasanya hanya fikir tentang 'perut' sendiri tetapi tidak menghayati dan memahami kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang miskin dan susah di luar sana. 

 “Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari) 

 “Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” (Hadith Riwayat Bukhari) 

 Sedarlah, tidak semestinya semua usaha lebih dan rajin itu akan menjadi kan seseorang itu KAYA. Kadang-kadang, orang yang berusaha lebih, dia tetap miskin. Kadang-kadang orang berusaha sikit saja, tapi dia dah jadi kaya raya. Adakalanya orang-orang bawahan dia yang penat lelah mengkayakan dia. 

 Sedarlah, kekayaan dan kemiskinan itu adalah REZEKI dan UJIAN dari Allah s.w.t. Dia mahu uji dan tengok kita setakat mana kesabaran dan ketahanan kita digoda oleh harta benda. Hinggakan ada kalanya manusia merasakan harta benda itu dia sendiri yang punya, hingga langsung tidak sedar banyaknya AMANAH yang ada dalam hartanya yang nanti akan dipersoalkan di Hari Kiamat kelak. 

 “Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : Ayat 20) 

 Sama-sama lah kita fikirkan dan guna akal yang Allah Ta'ala bagi ini dengan sebaik mungkin. Dan sedarlah, kita ini sudah sekian lama ditipu oleh PENJAJAH dan sampai sekarang pun masih pakai Undang-undang penjajah dan ikut telunjuk penjajah.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz jadikan rakyatnya semua kaya, tiada miskin

Sumber Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam, lahir pada tahun 63H (682M) dan meninggal dunia pada 101H (720M). Beliau adalah pemimpin @ khalifah kepada Bani Umaiyyah yang ke 6, dan telah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit kepada Khulafa Ar-Rasyidin kedua Umar bin Khattab. Umar bin Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dengan bimbingan Ibnu Umar, iaitu salah seorang sahabat nabi yang paling banyak meriwayat hadis. Umar telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi serta bergaul dengan para pemuka ahli feqah dan ulama. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah binti Abdul Malik (sepupunya). Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar bin Al-Khattab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang. Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehidupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan. Umar bin Abdul Aziz Sebagai Khalifah Beliau dibai'ah / dilantik menjadi Khalifah pada tahun 98H (717M) setelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik atas wasiat khalifah tersebut. Padahal sebenarnya dia tidak mahukan jawatan itu. Oleh kerana itu dia mengumpulkan orang-orang di masjid untuk solat berjamaah lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan bersalawat kepada Nabi, dalam pidatonya dia mengatakan, “Wahai manusia! Saya telah diuji untuk menjalankan tugas ini tanpa diminta pendapat, permintaan dari saya, atau musyawarah kaum Muslimin. Maka sekarang ini saya membatalkan bai'ah yang kalian berikan kepada diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!” Tetapi orang-orang yang hadir dengan serempak mengatakan, “Kami telah memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintah lah kami dengan kebahagiaan dan keberkatan!” Setelah itu dia lalu menyuruh semua orang untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia dan menyukai akhirat, kemudian berkata, “Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajib ditaati, siapa yang mendurhakai-Nya tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya mendurhakai-Nya tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya.” Lalu dia turun dari mimbar. Kenyataan Khalifah Abdul Aziz yang terakhir di atas iaitu agar taat kepadanya selagi dia taat pada Allah, dan jangan taat padanya jika dia tidak taat kepada Allah, adalah sama sepertimana yang diucapkan oleh Saidina Abu Bakar ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata Saidina Abu Bakar seperti berikut; ".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulnya. tetapi jika aku tidak mematuhi keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah - Imam Ibnu Katsir, mengatakan sanadnya adalah sahih). Maka kita tanya diri kita sekarang, adakah kerajaan dalam negara kita sekarang ini mematuhi Allah? Sedangkan Hukum Hudud yang wajib dan diperintahkan di dalam AlQuran pun satu habuk kita tidak laksanakan. Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad s.a.w dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau menjawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata. Setelah mengambil-alih tampuk pemerintahan, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feudal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah : 1) Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali bin Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran 2) Merampas kembali harta-harta yang disalah-gunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal 3) Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalah-gunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah 4) Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa. Selain daripada itu, beliau amat mengambil-berat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan. Beliau juga amat menitik-beratkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjamaah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikiawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Suryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam. Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam. Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab, yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya. Hari-hari terakhir Umar bin Abdul Aziz Ketika menjelang sakaratul mautnya, umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki". Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?” Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa." "Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?" "Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mahu meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah." Pada waktu lain, Umar bin Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah) Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa selepasnya, keturunan Umar bin Abdul Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul Aziz. Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan. Menurut riwayat, beliau meninggal kerana dibunuh (diracun) oleh pembantunya. 2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan, tetapi Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat. Kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri. Semua ini adalah jasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini. Hanya dalam masa 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredhai Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman. satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas! Kesimpulan Marilah sama-sama kita berusaha untuk melantik Perdana Menteri yang berjiwa seperti Khalifah Umar bin Abdul Aziz, yang mana tidak KEDUNIAAN , ZUHUD serta TAWADHU'. Dan membahagikan kekayaan negara sama rata di kalangan rakyat. Adakah anda rasa itu mustahil? Tidak sama sekali sebenarnya. Janji ada kehendak, doa dan usaha, kemudian tawakkal pada Allah s.w.t. Sedangkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz boleh lakukan di zamannya, mengembalikan kegemilangan zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, apa lagi kita di zaman sekarang yang penuh kemudahan dan teknologi. Yang menjadi masalah ialah semangat dan keyakinan kita saja yang kurang. Adakah kita hanya mahu menjadi PEMBACA kepada kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz tanpa mahu mengambil iktibar dan cuba lakukan sedemikian juga? Ingatlah, jika kekayaan dibahagi sama rata, maka tidak akan wujud hasad dengki, rompakan, curi, ragut, pecah rumah, bunuh-membunuh kerana harta dan seumpamanya. Tidakkah anda nampak itu aman seamannya? Dan kepada golongan kaya raya yang makin mahu menambah kekayaan, untuk apa kamu mahu bertambah kaya lagi? Untuk menunjuk-nunjuk hebat di dunia yang sementara ini? Adakah kamu boleh hidup selamanya di atas dunia ini? Berapa tahun sangat umur kamu dapat bertahan? Sedarlah dan jelirlah kepada bisikan-bisikan syaitan yang menghasut nafsu kita agar tidak pernah puas dengan kekayaan yang sedia ada. Buat apa kaya-raya sedangkan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan? Bimbang harta dirompak, diragut, dirampas, anak kena culik, isteri kena culik, dikhianat dan sebagainya. Jika kita teruskan dengan konsep dan kaedah yang ada sekarang ini, maka orang kaya akan terus bertambah kaya, dan yang miskin akan tersepit dan makin terkepit. Dan apabila disebut agar berusaha agar rakyat sama kaya semuanya, akan ada lah mulut-mulut 'mengada' yang mengatakan "tu nak suruh rakyat agar malas berusaha lah tu". Atau pun "ini nak suruh kerajaan beri subsidi selalu lah ni". Orang yang cakap begitu biasanya hanya fikir tentang 'perut' sendiri tetapi tidak menghayati dan memahami kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara kita yang miskin dan susah di luar sana. “Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadith Riwayat Bukhari) “Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” (Hadith Riwayat Bukhari) Sedarlah, tidak semestinya semua usaha lebih dan rajin itu akan menjadi kan seseorang itu KAYA. Kadang-kadang, orang yang berusaha lebih, dia tetap miskin. Kadang-kadang orang berusaha sikit saja, tapi dia dah jadi kaya raya. Adakalanya orang-orang bawahan dia yang penat lelah mengkayakan dia. Sedarlah, kekayaan dan kemiskinan itu adalah REZEKI dan UJIAN dari Allah s.w.t. Dia mahu uji dan tengok kita setakat mana kesabaran dan ketahanan kita digoda oleh harta benda. Hinggakan ada kalanya manusia merasakan harta benda itu dia sendiri yang punya, hingga langsung tidak sedar banyaknya AMANAH yang ada dalam hartanya yang nanti akan dipersoalkan di Hari Kiamat kelak. “Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang kerananya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur, dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya, dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Surah Al-Hadid : Ayat 20) Sama-sama lah kita fikirkan dan guna akal yang Allah Ta'ala bagi ini dengan sebaik mungkin. Dan sedarlah, kita ini sudah sekian lama ditipu oleh PENJAJAH dan sampai sekarang pun masih pakai Undang-undang penjajah dan ikut telunjuk penjajah. -ayep-

Rabu, 21 Ogos 2013

Make Text Moving (Marquees)


Anda ingin memasukan text bergerak ke dalam blog anda, sila ikuti langkah di bawah:
  1. Pilih pergerakan jenis apa yang anda mahukan, letakan couser ke dalam kotak di bawah perkataan yang di pilih dan copy (tekan ctrl+c atau rightclick dan pilih copy)
  2. Kembali keblog anda dan buka Reka bentuk - Pilih Tambah alat - HTML/JavaScript dan PASTE samada ctrl+V atau rightclick dan pilih paste
  3. Simpan
  4. Aturletak kedudukan Tambah Alat tadi ke kedudukan yang di mahukan
  5. Lihat Blog anda (berjaya)).



Right to Left Marquee
 
Left to Right Marquee
 
Alternate Marquee
 
Up Marquee
 
Down Marquee
 
Up/Down Alternate Marquee

 
Zig Zagging Marquee
 

Cuti-cuti Di Sarawak


TEXT


warna merah di pilih, sila taipkan RED selepas  <font color

Colored Border Marquee

Moving Text HTML


Right to Left Marque
behavior="alternate" direction="up" width="90%"><marquee direction="right" behavior="alternate"

Learn How To Use Microsoft Word

Microsoft Word is the de facto word processor. Whether you work at home, at school or in business, the chances are that you will use Word if you need to create your own, or read someone else's document. Word can seem a little frightening at first - especially if you are coming to Word 2007 from previous versions - but the tutorials you find here will provide you with a gentle introduction. Once we've covered the basics, we'll then focus on more advanced (and interesting) topics.

You'll find that most of the tutorials were created using Microsoft Word 2010, although there are some Word 2007 tutorials thrown in for good measure!

Creating A New And Opening An Existing Word Document

Setting Up Documents

Graphics In Word

Drawing Tools

Word Tools

Modifying Text

Tables In Word

Miscellaneous Word Tasks


Selasa, 20 Ogos 2013

Kepentingan ILMU Bagi Melahirkan Para Ilmuan Negara



Di petik dari tulisan


Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan yang baru Datuk Haji Ahmad Yaakob, 63, atau lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Mat dalam kalangan rakyat Kelantan khususnya dalam kawasan beliau di Dun Pasir Pekan. Secara rasminya beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013 sekali gus bersama barisan exco yang sudah siap dipilih.


Ustaz Mat merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan semenjak tahun 2004 juga merangkap Timbalan Yang di-Pertua Dewan Ulama PAS Pusat bagi sesi 2011-2013. Seorang tokoh yang disegani dalam kalangan ahli dan pimpinan parti serta rakyat jelata kerana sifat berat mulutnya namun amanah sebagai Adun bagi rakyat kawasannya ternyata diakui dijalankan dengan baik.


Sebagai pengundi di kawasan beliau, meskipun penulis sangat jarang pulang ke kampung namun setiap kali berpeluang berjumpa dengan kedua ibu ayah, saudara-mara dan orang-orang tua di kampung, pujian terhadap Ustaz Mat tidak pernah lekang jika ditanya mengenai beliau meskipun mereka adalah orang UMNO!


Ini adalah kerana, memang menjadi sikap Ustaz Mat dari semenjak beliau menjadi Adun Pasir Pekan, setiap kematian, majlis kahwin, tahlil dan sebagainya disantuni oleh beliau tanpa mengira warna parti rakyat. Jikapun beliau tidak dapat hadir awal disebabkan kesibukan tugas rasmi sebagai TMB, maka isteri beliau akan mendahului menziarahi rakyat yang berkeperluan itu.


Beliau barangkali antara pemimpin politik yang paling jarang dilihat menyampaikan ceramah politik sama ada di kawasan beliau sendiri mahupun di luar kawasan. Namun itu bukan bermakna beliau seorang yang culas dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang Adun dan juga Timbalan Menteri Besar sebelum ini (ironinya kehebatan dalam retorik ceramah seringkali dijadikan indikator bagi menilai seorang pemimpin politik partisan di Malaysia!).


Pelantikan beliau meskipun terpalit juga beberapa isu yang menjadi perhatian serius oleh ahli parti dan rakyat Kelantan, namun ia berjaya diatasi dengan baik sekali gus menamatkan desas-desus mengenai siapakah yang paling layak dan menjadi pilihan bagi menggantikan mantan Menteri Besar Kelantan selama hampir 23 tahun, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Sedikit sebanyak kewibaan dan rekod bersih yang dipegang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selama memimpin barisan eksekutif kerajaan negeri di Kelantan termasuk pimpinan parti di peringkat negeri memberikan tekanan kepada Ustaz Mat bagi beliau kekalkan. Selain daripada mengekalkan rekod bersih, bagi rakyat Kelantan yang berada di luar negeri pastinya ingin melihat apakah pembaharuan yang bakal dibawa oleh Ustaz Mat selepas diamanahkan menjadi Menteri Besar.


Harapan kepada MB baru


Sikap berat mulut Ustaz Mat selain daripada kehidupan peribadi beliau yang sederhana menjadikan beliau kurang popular dalam kalangan pengamal media. Taip sahaja nama beliau di Google atau mana-mana laman sesawang media massa, sangat sedikit carian yang menemukan nama beliau. Barangkali itulah keistimewaan Ustaz Mat dan pembaharuan dalam pemerintahan beliau.


Namun sebagai rakyat Kelantan yang mempunyai harapan yang tinggi kepada kepemimpinan baru Ustaz Mat, suka penulis mengemukakan beberapa pandangan yang barangkali ada kebaikan bagi diberi perhatian. Sebagai MB baru, Ustaz Mat yang juga bekas pendidik sebelum terjun ke alam arena politik pasti lebih memahami dengan lebih baik isu-isu yang dibangkitkan ini.


Sedari hampir 23 tahun Kelantan yang terkenal dengan gelaran Negeri Serambi Mekah kerana pusat pengajian berorientasikan pengajian ilmu-ilmu Islam khususnya sekolah agama dan pondok, perkembangan dan pemerkasaan institusi yang paling penting dan menjadi nadi ketamadunan sesuatu masyarakat itu seakan masih tidak diberikan perhatian yang serius dan mengcukupi.


Tanpa menafikan, kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah sekolah menengah agama beraliran Arab, SMU (A) atau sesetengahnya sudah menjadi Maahad Muhammadi, serta beberapa projek baru seperti Maahad Tahfiz Sains di Bukit Panau selepas Maahad Tahfiz Pulai Chondong juga projek Pondok Moden di Kandis, Bachok, boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini.


Apatah lagi kebanyakan agamawan dan profesionalis yang berada di mana-mana sektor sahaja sekarang khususnya dalam bidang agama sama ada sebagai pegawai agama, imam masjid, pensyarah universiti boleh dikatakan adalah anak Kelantan atau pernah mendapat didikan di Kelantan. Malahan kebanyakan pimpinan PAS sendiri sama ada yang menjawat jawatan dalam parti dan kerajaan negeri adalah bekas didikan sekolah-sekolah menengah ataupun aliran pondok di Kelantan termasuk Ustaz Mat sendiri.


Namun 23 tahun bagi sesebuah pemerintahan adalah relatif panjang, sejarah Islam juga banyak mendatangkan bukti bahawa antara nadi kepada kegemilangan yang berturutan sesebuah tamadun, selain daripada faktor ekonomi dan politik yang stabil adalah sektor pendidikan yang melahirkan insan-insan berilmu dan beradab tinggi.


Selepas Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) diserap masuk menjadi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) pada zaman pemerintahan Dato' Asri Muda tiada lagi pusat pengajian tinggi di Kelantan yang melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang ‘outstanding' pencapaian mereka dalam bidang akademik dan keilmuan masing-masing.


YPTIK boleh dikatakan institusi yang berjaya melahirkan sekian ramai tokoh yang menjadi pencorak kepada suasana keilmuan, pemikiran, gerakan Islam pada kemudian hari hingga pada hari ini. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ditubuhkan bagi mengisi kelompongan itu namun ia dilihat tidak semenggah sama ada dari sudut zahir materialnya ataupun pengamalan budaya ilmunya.


Ironinya di Kedah, meskipun PAS hanya memerintah satu penggal bermula tahun 2008-2013, jelas pemerintahan Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberikan perhatian yang serius terhadap pembinaan fizikal dan budaya keilmuan peringkat pengajian tinggi di sana dengan berlakunya penaiktarafan Kolej Insaniah kepada taraf Kolej Universiti Insaniah (KUIN).


Bajet yang besar dilaburkan malah penubuhan fakulti-fakulti baru seperti perubatan dan kejururawatan selain membuka kursus peringkat ijazah sarjana muda hingga PhD, begitu sekali menggambarkan jiwa besar Ustaz Azizan terhadap pendidikan peringkat tinggi di Kedah pada masa itu. Pada saat beliau dibedah dan MB baru Kedah melawat beliau, dilaporkan antara pesanan beliau kepada MB baru Kedah, Dato' Mukhriz Mahathir adalah supaya diteruskan projek KUIN agar sempurna sebagaimana yang dirancang.


Hal yang sama tidak berlaku di KIAS yang masih hanya menawarkan kursus peringkat diploma dan hanya dibuka beberapa bidang kursus sahaja berkisar pengajian Islam, meskipun dalam masa yang sama dilihat ada peningkatan apabila pengajian peringkat ijazah sarjana muda juga mula ditawarkan dengan kerjasama KUIN juga.


Barangkali antara alasan biasa yang akan didengar adalah kekangan kewangan, tanpa menafikan bahawa memang kerajaan negeri mempunyai kekangan kewangan akibat daripada ketidaktelusan kerajaan persekutuan dalam menyalurkan dana dan bajet belanjawan saban tahun, namun apakah tiada alternatif yang boleh diusahakan dan difikirkan. Namun ia bukan alasan yang konkrit selepas 23 tahun usia pemerintahan PAS di Kelantan.


Yang diperlukan idea & harapan baru


Hanya pendidikan yang serius dan berkualiti akan melahirkan insan-insan yang hebat sebagaimana yang ditinta emas dalam sejarah pembinaan tamadun Islam, bukan parti Islam namun institusi pendidikan tinggi yang hebat, kondusif dan lengkap segala infrastrukturnya. Yang paling utama adalah bahan rujukan yakni perpustakaannya dan para tenaga pengajar yang hebat dalam bidang pengkhususan masing-masing.


Ya, kosnya sangat tinggi. Namun apakah ia diberikan perhatian secara serius dan kertas kerja mandiri ada dibuat di peringkat exco bagi memikirkannya? Kenapa tidak idea yang sama bagi mendapatkan dana membina jalan raya Kuala Krai-Gua Musang digunakan untuk membina pusat pengajian yang lebih hebat? Bukankah PAS sangat arif dan pandai dalam bab mengutip derma dan menguruskannya pada tempat yang betul? Isunya adalah ada atau tidak usaha yang bersungguh-sungguh di peringkat pengurusan eksekutif bagi melakukan pembaharuan kepada satu-satunya pusat pengajian tinggi di Kelantan itu? Paling tidak idea untuk mewacanakannya.


Penulis juga yakin jika cadangan infak dan wakaf dilancarkan bagi menubuhkan atau menaiktarafkan institusi yang sedia ada ke peringkat yang lebih mantap persembahan fizikal dan budaya ilmunya, pasti rakyat Kelantan tidak akan lokek untuk menderma. Ini kerana rakyat Kelantan antara rakyat yang sangat cintakan ilmu agama sebagaimana mereka dididik selama hampir 23 tahun.


Mengembalikan `izzah negeri Serambi Mekah


Gelaran Negeri Serambi Mekah diberikan kepada Kelantan sama dengan Negeri Acheh Darussalam sebab kedua negeri pernah menjadi orientasi kepada institusi keilmuan unggul di Nusantara. Bukan hanya murid tempatan yang datang mengaji dengan guru-guru di sana namun murid dari serata tempat datang semata-mata ingin berguru di Kelantan dan Acheh.


Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, huru-hara yang berlaku di negara-negara Arab ada hikmahnya. Sebagaimana contoh apabila Syria mula bergolak, para alim ulama yang anti Basyar al-Asad terpaksa menjadi pelarian politik sebagaimana Syeikh Dr Muhammad Ali al-Sobuni, seorang mufasir dan ahli al-Quran yang diperakui kealimannya.

Alangkah baiknya, saat beliau berkelana disebabkan kekacauan politik di negaranya itu, Kelantan menjemput beliau menjadi ilmuwan tamu kehormat dengan memberikan segala kemudahan bagi beliau menyampaikan syarahan dan perkongsian ilmu di sana.


Hal yang sama berlaku kepada Syeikh Sa`id Hawwa apabila beliau mendapat suaka politik daripada al-Malik Fayshal sehingga beliau menjadi rektor sebuah daripada universiti di Arab Saudi pada suatu masa dahulu. Pastinya dengan ada seorang alim besar itu, ia menjadi daya tarikan bagi pelajar dari seluruh pelosok tempat datang ke Kelantan bagi mendapatkan khidmat syeikh malah berguru secara langsung daripada beliau.


Melahirkan Insan berilmu & beradab


Islam adalah agama yang meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini jelas terpancar pada kalimah yang pertama pada wahyu yang pertama yang berbunyi Iqra' iaitu bacalah. Membaca adalah amalan yang signifikan dengan aktiviti keilmuan dan keintelektualan.


Sejarah juga merakam dengan tinta emas betapa ramai dan hebat sumbangan sarjana Islam kepada ketamadunan dan peradaban dunia, bukan sahaja kepada dunia Islam malah dunia Barat serta seluruh dunia umumnya. Buku karangan Syeikh Sayyid Abu al-Hassan Ali al-Hasani al-Nadwi berjudul Maza Khathir al-`Alam bi al-Hithai al-Muslimin (Apakah Kerugian Dunia Akibat Daripada Kemunduran Umat Islam) antara yang membincangkan tuntas mengenai hal ini.


Usul dan idea seorang sarjana dan pemikir ulung dalam bidang sejarah dan tamadun Islam tempatan, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang merupakan pengasas sebuah institusi keilmuan berstatus antarabangsa malah diperakui kerja kesarjanaan dan keintelektualannya di peringkat dunia, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) wajar diberi perhatian.

Prof al-Attas dalam banyak penulisan dan syarahan menyatakan punca utama masalah umat Islam sama ada faktor luaran atau dalaman adalah ‘kekeliruan dan penyelewengan dalam ilmu'. [lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, h. 99-103]


Kemudian, Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud yang merupakan murid kanan Prof al-Attas dalam usaha menjelaskan persoalan dan menawarkan penawar kepada masalah melahirkan buku berjudulBudaya Ilmu: Satu Penjelasan yang berulang kali dicetak dan dikemas kini kerana keperluan akademiknya di peringkat pengajian tinggi.

Karya tersebut adalah hasil daripada pengamatan intelektual dan pengalaman beliau selama berkecimpung dalam dunia akademik khususnya dalam bidang pemikiran, sejarah dan tamadun Islam ini wajar ditelaah dan dijadikan panduan asas bagi memangkin sebuah suasana baru memartabatkan ilmu melebihi budaya politik sebagaimana yang memborak sekarang.


Menurut Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud dalam kata pengantar edisi kedua buku tersebut:

"Masalah politik dalaman umat Islam seluruh dunia seperti tiada kesudahannya. Pemimpin politik dan parti pemerintah sentiasa berubah, namun masalah-masalah pokok umat masih belum menunjukkan tanda-tanda penyelesaian. Percaturan politik di beberapa buah negara Islam banyak ditentukan oleh pengundi dan kuasa politik dan kuasa ekonomi masyarakat bukan Islam.

Dalam keadaan sosiopolitik dan psikologi umat sebegini, perbincangan mengenai budaya ilmu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tidak begitu sesuai, tidak relevan. Pada anggapan mereka, isu sedemikian semata-mata bersifat teoritikal, tidak praktikal." [lihat Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Dr. (2007), Budaya Ilmu: Satu Penjelasan, edisi kedua, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd., h. 9]


Sepanjang sejarah dan tamadun Islam, ramai pemerintah yang hebat sumbangannya kepada Islam namun yang tetap suka dibicarakan kemudian adalah keburukan mereka berbanding sumbangan mereka. Namun bagi seorang ilmuwan, sarjana dan ulama meskipun dirinya mempunyai kekurangan manusiawi malah mungkin melakukan dosa kecil atau besar, tetap umat kemudian hanya mahu membicarakan sumbangan keilmuwan mereka lebih berbanding keburukan mereka itu. Begitu ilmu memuliakan manusia, di dunia dan akhirat sebagai janji Allah jika ikhlas kerana-Nya.

TIP PENJAGAAN KERETA OLEH TUAN PUNYA






PELBAGAI TIPS


AMALAN ASAS PENJAGAAN KERETA

A. MINYAK ENJIN
Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet enjin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet enjin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak enjin. Untuk Kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau enjin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak enjin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

B. TAYAR
Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada dicatatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai. Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya. Untuk periksa harga tayar, boleh tengok2 di laman web lelong.com.my atau pergi je kedai tayar buat survey dulu baru tukar. Jangan sampai kena tipu beli tayar celup.
Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak enjin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak (oil filter) setiap 2 kali tukar minyak enjin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak enjin. Kalau kereta model lama (kancil 660 sehingga 1996) yang pakai “Petnam” atau contact point, suruh mekanik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak enjin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin. Kalau nak buat sendiri pun boleh. Pergi kedai hardware, beli strap wrench atau cup wrench untuk buka oil filter kereta anda. Beli oil filter dalam RM10, minyak hitam shell helix sudah memadai untuk prestasi yang baik dengan harga RM43 untuk botol 3 liter bagi kenderaan bersaiz kecil seperti kancil dan 4 liter untuk kereta bersaiz besar.

C. CUCI KERETA
Digalakkan setiap bulan anda hantar kereta anda ke kedai cuci kereta atau car wash. Ini penting bagi memastikan semua tempat dalam kereta anda bersih dan kereta anda lambat nampak buruk ditelan masa.
Sayangi kereta anda, jaga kereta anda..


D. STERENG KERETA
Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html



Memeriksa Punca Stereng Kereta Berat

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.Sumber Maklumat: http://www.kereta2u.blogdrive.com/archive/1.html
Sistem Brek

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.Kereta Baru

Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

SENGGARA KERETA ANDA APABILA:
Semakin ramai di kalangan wanita yang memandu sendiri kenderaan sama ada ke
tempat kerja atau untuk urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah. Satu hal yang perlu diambil berat bagi yang memiliki kereta sendiri ialah menyelia dan menyenggaranya supaya ia sentiasa berkeadaan baik. la perlu dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kereta selamat digunakan.

Biasanya, buku jadual senggaraan disertakan apabila seseorang membeli kereta. Saya akan membawa anda mengikuti peraturan senggaraan sistem utama sesebuah kereta iaitu enjin. Enjin memainkan peranan untuk menukarkan kuasa haba kepada kuasa mekanikal.

Perkara-perkara yang perlu disenggarakan pada bahagian enjin ialah:
+ Menukar minyak enjin
+ Menukar penapis minyak enjin
+ Menukar penapis udara
+ Menukar tali sawat injap
+ Melaras tali sawat
+ Enjin coolant (air radiator)
+ Melaras kelegaan injap (valve clearance)
+ Sambungan paip dan hose radiator 
+ Pemegang enjin (engine mounting).

Terdapat beberapa sub-sistem pada enjin kereta:
+ Sistem penyejukan (cooling system)
+ Sistem pelinciran (lubrication system)
+ Sistem bahan api (fuel system)
+ Sistem nyala (ignition system) 
+ Sistem mekanisme injap (valve mechanism system)
+ Sistem pemula (starting system).

Enjin perlu disenggara mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh pengeluar
enjin agar ia boleh beroperasi dengan sempurna. Perkara asas senggaraan pada sesebuah enjin adalah:

MENUKAR MINYAK ENJIN
Penukaran minyak enjin (orang panggil ‘minyak hitam’) dibuat setiap
5000 km atau tiga bulan atau yang mana sampai dahulu. Jarak dan bulan
penukaran ini tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan dan ia
juga bergantung kepada keadaan atau tempat di mana kenderaan itu
digunakan serta mutu minyak yang dipakai.

Menukar penapis minyak enjin (oilfiller)
Kebiasaannya ia ditukar sekali pada setiap dua kali penukaran minyak
enjin. Pastikan jenis penapis yang disyorkan adalah tulen dan mengikut
spesifikasi.

Menukar penapis udara (air filter)
Kebiasannya ia akan diperiksa pada setiap 10,000 km atau enam bulan
atau yang mana dahulu. Keadaan penapis itu akan menentukan sama ada ia
perlu ditukar atau dibersihkan. Menggunakan penapis udara yang kotor
atau tersumbat boleh mengakibatkan penggunaan bahan api yang tinggi dan
ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada piston dan jara (dinding
silinder). Pastikan penapis yang ditukar adalah tulen dan mengikut
spesifikasi. 

Menukar tali sawat injap (timing belt)
Penukaran ini dibuat pada setiap 100,000 km perjalanan. Kegagalan
menukarnya boleh mengakibatkan ia putus dan akan memudaratkan mekanisme
injap, juga piston.

Melaraskan kelegaan injap masukan dan injap ekzos (inlet dan exhaust valve)
Pelarasan ini hanya akan dibuat:
1. Selepas rombakan
2. Apabila bunyi terialu bising.
Melaras tali sawat
3. Apabila menggantikan tali sawat yang barn
4. Setelah perkakas yang dipacu herubah dari kedudukan asal
5. Berbunyi.


PETUA MEMBELI KERETA TERPAKAI

Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali
memeriksa kenderaan di waktu gelap.

A. PEMERIKSAAN LUARAN

Sila periksa pemegang pintu
Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

B. PEMERIKSAAN ENJIN

Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
Pastikan enjin tidak diubahsuai
Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan
ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih
di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

C. PEMERIKSAAN DALAMAN

Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
Pastikan lantai tidak berkarat
Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
Pastikan tali pinggang boleh dipakai
Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT

Cuba hidupkan ’switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
Pastikan meter suhu bergerak
Pastikan lampu minyak enjin menyala
Pastikan lampu bateri menyala

Cuba hidupkan enjin
Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
Tiada masalah semasa penukaran gear
Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?

Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol
kerana ianya akan menguji sistem suspension. Cuba biarkan enjin
kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya
berada dalam keadaan stabil.

5. PEMERIKSAAN TERAKHIR

Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin.
Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta



LANGKAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

1.Rancang perjalanan anda
Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak
memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan
rehat menggunakan peta.

2. Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika
itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja
atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk. 

3. Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk

4. Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu
Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya. 

5. Periksa kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan
air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat,
lampu brek dan lampu isyarat kecemasan.

Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan
angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti
minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta
memeriksa getah pengelap cermin.


BATERI ROSAK BOLEH DIBAIKI

Bateri adalah antara komponen yang cukup penting pada bahagian enjin
kenderaan. Bateri yang lemah, rosak dan kekurangan air bateri boleh menyebabkan enjin sukar dihidupkan. Malah, kereta yang tidak dihidupkan
selama tiga atau empat hari juga boleh menyebabkan bateri lemah.

Oleh itu, pemeriksaan bateri, air dan kabelnya adalah beberapa perkara yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Lazimnya, kerosakan pada bateri kenderaan kadang kala boleh dibaiki,
tetapi tidak menjamin berapa lama hayat kuasa bateri anda akan bertahan. Antara sebab kerosakan itu tidak tahan lama ialah kerana bahagian dinding yang merekah itu akan diresapi asid bateri, sekali gus sukar melekatkan sebarang pelekat yang disapukan kepadanya.

Selain itu, anda sering menghadapi risiko apabila menggunakan bateri yang sudah retak terutama boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan kerana kehilangan kuasa bateri.

Bagaimanapun, jika anda ingin menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak dengan membaiki semula, boleh berbuat demikian dengan mengambil beberapa langkah tertentu.

Peringkat pertama, pindahkan bateri itu dan diletakkan pada lapikan plastik. Bersihkan bahagian luar bateri itu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk untuk menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak menggunakan pisau sebelum
memasukkan simen khas ke dalamnya untuk menampung kerosakan ini. Simen khas dikenali sebagai Batrepair ini boleh dibeli di kedai
aksesori kereta.

Tunggu sehingga simen yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lain.

Setelah kerja membaiki keretakan itu selesai, masukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan. Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian
daya kuasa menggunakan alat pengecas khas.

Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya
ketika enjin kereta dihidupkan. Terlalu lama mengecas bateri itu juga
boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum seperti retak.

Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan dan sekali gus, petanda anda perlu menukar kepada bateri baru. Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum ia boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positifbateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas ke kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke
bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

Selain itu, kesan selaput asid itu juga boleh menyebabkan kabel bateri berkarat dan mudah terputus.

CUCI KERETA

Pemilik kenderaan suka melihat kereta bersih dan berkilat manakala bahagian enjin pula tidak comot. Untuk membersihkan enjin, jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah bahan yang paling klasik iaitu minyak tanah untuk menghilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.
Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan dengan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu
boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas. Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian
bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka. 

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak. Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika
kurang. Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak,mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol. Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu
memajukan perniagaan mereka.

Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula. Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian
kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai. Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik,cat akan cepat rosak.

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak. Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.
Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah. Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.

TIPS BADAN KERETA KALIS AIR

Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialah
kenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buat
sakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari… kesan kalis air
sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah… malah berpuluh-puluh ringgit.

Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air. 

Rahsia saya ialah… ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN.
Cara-caranya ialah:
1.Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2.Bilas dengan air biasa dahulu.
3.Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaian.
4.Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam
penyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh).
5.Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda
akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun.(kenapa?..tak percaya ka?)
6. Jangan tunggu kering baru lap… .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering.

Dengan cara ini… anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh
ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak
kotor sangat).

Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi.
Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda.

Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
Selamat mencuba. 


TIPS PENJAGAAN AIRCON

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh
compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi. Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa
kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat
tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai
bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih
ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon.
Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak
bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan
dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih
murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi
pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya
kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang
dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya
anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada
kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar
kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil
tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di
buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon
sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng ‘on’kan dan meng’off’kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama ‘on’.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘on’ dan ‘off’ aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi,
maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara ‘3′ di atas. 

5.Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang
masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar. Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di ‘3′.

7.Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya
cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan
habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya,saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu ‘bermain’ dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.


MENGHIDUPKAN KERETA APABILA BATERI LEMAH

Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau memenuhi temu janji.

Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walau pun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri dan/atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.
Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin. Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama. Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak. Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start. Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan kemasukan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin kerana tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran di tutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi. Meskipun demikian, ada kemungkinan enjin tidak dapat berfungsi, sedangkan karburetor tetap melimpah. Dalam hal ini, bawalah ke mekanik anda untuk dibaiki. 


PANDUAN MEMANDU KETIKA KECEMASAN

A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:
- Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
- Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.
- Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.
- Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.
- Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
- Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

B. Cermin Hadapan Pecah:

- Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.
- Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain berkenaan.
- Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
- Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

C. Menghadapi Kemalangan:

- Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya.
- Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda

TIPS MEMBELI SPAREPART 

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1′. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3′. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1′ atau ‘2′. Selepas menggunakan barangan ‘3′ selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4′.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang


TIPS KERETA TENGELAM BANJIR 

Disini ada beberapa tips untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir .

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer

(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 — RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti
(harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original). 


ENJIN KERETA DIMASUKI AIR

Bagi anda yang tinggal di Kuala Lumpur, banjir kilat adalah antara perkara‘menakutkan’ bagi pemilik kenderaan. Ketika anda sibuk di pejabat, tanpa disedari kereta anda sudah ditenggelami banjir akibat hujan lebat yang berterusan.

Apabila ini berlaku, ia pasti membabitkan kos baik pulih yang tinggi. Namun kos berkenaan dapat dikurangkan jika tip ini dapat diamalkan. Jika keseluruhan kereta dan bahagian enjin tenggelam, periksa kereta anda selepas banjir surut. Jangan sekali-kali menghidupkan enjin kereta kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda. Tindakan ini selalunya dilakukan oleh ejen bengkel atau pemilik trak penunda yang tidak bertanggungjawab supaya anda membayar kos yang lebih tinggi untuk membaikinya. Ini kerana apabila enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masihada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.

Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua sensor yang menyalakan suis enjin akan terbakar. Harga sebuah sensor tidaklah mahal, tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi itu boleh menyebabkan kos yang berlipat ganda.

Apabila tiba di bengkel, buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup alat elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan petrol. Selepas kesemua peralatan elektronik kering sepenuhnya (kebiasaannya dua hingga tiga hari), enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana kotak gear belum diperiksa.

Sekiranya enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh mencecah ribuan ringgit. Kemudian minyak kotak gear perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah tetapi jika bercampur dengan air, warnanya akan bertukar kepada merah jambu. Jika bercampur air, minyak gear perlu ditukar dan enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, minyak kotak gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga lapan kali dan akan menggunakan lebih kurang 15 hingga 20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan peralatan elektronik, kos mungkin hanya membabitkan upah mekanik, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara. 


PUNCA PENGGUNAAN PETROL BERTAMBAH 

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.

Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.

Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki.

Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.

Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda.
Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran.

Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.

Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.

Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

MEMERIKSA PUNCA STERENG KERETA BERAT

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.

Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.

Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.

Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.

Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud.

Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.

Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan.

Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.

Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.

Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan. 


CARA TERBAIK JIMATKAN PETROL

Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.

Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.

Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.
Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut. Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.


KEBOCORAN

Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan menggunakan spana.

Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.

Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.