Semua blogger sentiasa mengharapkan ada pulangan yang positif apabila mereka mewujudkan laman blog seperti trafik yang tinggi serta respon daripada pembaca. Kadang-kadang ramai yang merungut, blog dah cantik, sejuk mata memandang tapi pembaca setia tiada. Pernah tak anda terfikir, bagaimana seseorang boleh jatuh cinta kepada blog orang lain sedangkan pada mata kasar anda, blog itu hanya bersahaja? Pernah tak anda khatamkan keseluruhan aspek penulisan blog itu ; Cara Penulisan, Antaramuka Blog dan Demografi Pembaca. Untuk kali ni, AA akan jelaskan secara ringkas tentang 3 elemen yang mana AA rasa sangat lah penting dalam mencuri hati pembaca blog. Jangan lupa, 3 elemen ini sepatutnya manjadi asas kepada pembikinan sebuah entri yang menarik!
Cara Penulisan
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Anda perlu mengenal dahulu siapa empunya penulisan. Cuba kenali siapa yang menulis artikel yang membuatkan anda tertarik untuk terus membaca blog beliau. Apa yang terluah/ditaip sudah semestinya terlahir daripada buah pemikiran dan hati yang murni. Mungkin ada sesetengah blogger yang buat blog semata-mata sebagai medan untuk melepaskan kemarahan, kesedihan dan kekecewaan diri. AA tak pernah kata cara penulisan begitu salah, cuma perlu ingat apa objektif utama untuk kita berblog. Secara purata, pembaca akan lebih terarah kepada penulisan yang baik tutur kata, "bahasa berbunga", dan tiada unsur penghinaan. Bayangkan, anda baca satu artikel yang agak menarik tajuknya, tetapi isi kandungan penuh dengan bahasa yang kurang sopan ; maki hamun dan fitnah, mesti hilang selera nak baca sampai habiskan? So, cara penulisan banyak mempengaruhi minda pembaca. Sila guna cara penulisan yang boleh menarik kepercayaan orang lain untuk terus setia bersama anda. Sama lah juga macam anda setia kat pasangan kekasih. Apa yang anda buat?? Mestilah cakap sopan, lemah lembut, manis mulut. So, kenapa tak praktikkan dalam penulisan blog anda?
Antaramuka Blog / Blog Interface
Antaramuka Blog / Blog Interface
Contoh 1 : AA sendiri suka dengan blog AKU PENGHIBUR, walaupun beliau memasang lagu automatik kat blog. Lagu dalam blog tu buat AA selalu nak melawat blog beliau. Secara tak langsung, anda sendiri pun dapat menarik pembaca setia datang ke blog anda! Cuba lah try guna lagu blog AKU PENGHIBUR, konfem ramai pembaca yang suka datang blog anda! :)
Contoh 2 : AA suka baca blog HasrulHassan.com sebab beliau banyak menyediakan tips serta panduan yang berguna untuk memantapkan cara penulisan AA. Interface blog beliau memang high class! Tak serabut, kedudukan iklan serta banner yang menarik untuk menarik perhatian pembaca.
AA telah listkan beberapa blog yang sering AA lawati di dalam bloglist AA. Anda boleh rujuk di sana.
AA telah listkan beberapa blog yang sering AA lawati di dalam bloglist AA. Anda boleh rujuk di sana.
Widget yang wajib ada dalam blog anda ( AA sarankan ) : List follower, Google+, Shutbox, Bloglist, Senarai Post, Popular Post, dan Link/Pautan Laman Sosial.
Demografi Pembaca
Buat kajian teliti kepada siapa yang anda target tujuan anda berblog. Anda boleh bahagikan kepada 2 kategori utama ; Jenis kelamin dan umur pembaca. Demografi yang di maksudkan adalah seperti di bawah :
Jenis Kelamin
64 % --> Lelaki
36 % --> Wanita
Umur
1 % --> 15-19 Tahun
14 % --> 20-29 Tahun
61 % --> 30-39 Tahun
17 % --> 40-49 Tahun
8 % --> 50+ Tahun
Kalau anda target pada kanak-kanak, buat lah laman blog yang berbentuk keanak-anakan. Guna background yang ceria dan berwarna warni yang berunsur kartun. Yang lain, boleh survey kat Google. Sebaik-baiknya, sediakan satu poll survey yang membolehkan anda mengetahui statistik demografi pembaca. Anda boleh gunakan poll yang disediakan oleh pihak nuffnang. Banyak lagi kategori yang anda boleh listkan seperti : jenis pekerjaan, tempat tinggal, dan status diri.
Panjang sangat AA berceramah kan? Bosan kan? Sila jangan bosan ok. Hehe, AA cuma mahu kongsi tips yang berguna untuk anda semua. Ini juga sebahagian daripada kajian AA sendiri dalam memantapkan sebuat penulisan blog AA sendiri. Secara peribadi, AA suka untuk berkongsi dengan anda semua :)
Nak tips lain, tunggu next post.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan