Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Sabtu, 14 September 2013

ASIA FANS BLOGGER NETWORK - KOMUNITI BLOGGER MALAYSIA



Anda pernah dengar pasal Asiafans.net?
Kalau tak pernah, saya akan ceritakan secara ringkas mengenai Asiafans.net.


APA ITU ASIAFANS.NET?

Asiafans.net ini dikelola oleh seorang anak muda Melayu yang bernama Syafiq Ajis dan beberapa orang moderator lain. Selain Asiafans.net, beliau turut mempunyai web lain seperti www.longoi.com yang berfungsi sebagai tempat perkongsian movie/gosip/berita. Dahulu Asiafans.net ini menyediakan satu perkhidmatan/tool Trafic Exchanger untuk meningkat trafik blog dengan kemudahan ping entri beserta dengan tawaran bonus koins bagi setiap earn coins yang anda buat. Dengan koins terkumpul, anda boleh gunakan untuk tebus tawaran boost trafic. Alhamdulillah, sejak bersama tool itu, perkembangan blog saya dari hari ke hari makin meningkat. Tambahan dengan penyertaan saya sebagai sponser di dalam satu segmen yang pernah di anjurkan dahulu.



Sebagai tambahan pengetahuan, anda boleh baca pengalaman saya bersama Asisfans.net DI SINI dan SINI.


Interface keseluruhan - Klik Untuk tumbesaran

Beberapa hari yang lepas, saya mendapati laman asiafans.net telah berubah sepenuhnya dan bertukar nama menjadi FORUM KOMUNITI BLOGGER. Refer gambar atas, secara keseluruhan muka depan Forum. Wah satu peningkatan yang bagus! Hasil tangan anak muda Melayu tu! Siapa tak support anak Melayu sendiri kan? Laman Forum ini menyediakan medan untuk membincangkan sesuatu topik sesama ahli komuniti. Nak tambah senarai kenalan pun boleh. Tapi kalau dah join, jangan pula menyalahgunakan kemudahan yang ada. :)


Tapi sayang, saya erpaksa daftar balik untuk join komuniti ini. Mungkin maklumat yang lama dah tak berfungsi.




INTERFACE FORUM


FORUM KOMUNITI BLOGGER ini masih lagi berada di tahap penambahbaikan dengan beberapa tool yang mesra pengguna. saya telah explore beberapa tool yang ada di dalam forum ini. Contoh yang anda boleh lihat seperti gambar di bawah.


Senarai tool - klik untuk tumbesaran


#1 : FUNGSI TOOLBAR

saya akan terangkan secara am tentang fungsi beberapa button yang ada di atas bar itu.

  1. KOMUNITI BLOGGER MALAYSIA - Laman utama forum.
  2. FORUMS - Senarai forums yang telah diterbitkan oleh admin, moderators dan members.
  3. DOKUMEN - Senarai Topik yang dibincangkan.
  4. BLOGS - Senarai Artikel daripada pelbagai sumber.
  5. KONGSI ILMU - Artikel mengikut kategori : SEO Tool, dll.
  6. KEDAI - Tempat Untuk shopping secara maya seperti ebooks, template, plungins, widget dan software.
  7. GALERI - Perkongsian gambar upload.
  8. MEMBERS - Ahli FORUM KOMUNITI BLOGGER beserta dengan status keahlian, Tarikh join, bilangan post.
  9. SHOUTBOX - Nampak gambar kat atas? Itu lah shoutbox yang dimaksudkan. Kedudukan berada di atas. Mudah, senang dan jelas.



#2 : AKAUN PENGGUNA 


Tambah kapsyen
button depan akaun pengguna

interface keseluruhan akaun pengguna


saya masih lagi newbie ^_^. Banyak lagi yang saya perlu explore tentang forum ini. Setakat apa yang saya  nampak, secara keseluruhan, forum ini sangat mesra alam. Tiada tool yang berat/susah untuk digunakan. Sekali signup, anda akan faham terus. Tambahan dengan admin yang juga bermain dengan SEO untuk forum ini. So, Kalau ping entri di sana, InsyaAllah berkemungkinan besar, anda akan dapat pulangan hasil blog yang cukup memberangsangkan.

saya baru aje daftar beberapa hari tapi alhamdulillah berkat kesepakatan antara saya dan admin untuk terbitkan entri berkaitan Asia Fans Blogger Network - Komuniti Blogger Malaysia akhirnya telah saya laksanakan. Kepada anda yang berminat nak join, boleh lah klik iklan di atas untuk sign up sebagai ahli. Kalau tak pandai, dalam entri berikutnya, saya akan buat satu tutorial cara untuk daftar dengan Asia Fans Blogger Network - Komuniti Blogger Malaysia. InsyaAllah. Sama-sama kita berkongsi idea serta pendapat untuk meningkatkan lagi prestasi sebagai blogger Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan