Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Sabtu, 14 September 2013

PENJUALAN SISTEM RAYCODE - SISTEM PENGURUSAN PENGELUARAN

Alahmadulillah, AA dapat update lagi blog buat sekelian kalinya. Kali ni post AA mungkin agak bercirikan perniagaan. Kepada sesiapa yang nak mengetahui tentang selok belok perniagaan yang AA ambil "share" sedikit sebanyak, boleh meneruskan pembacaan anda ke bawah. Jualan yang AA ingin terangkan secara ringkas adalah  Sistem Pengurusan Pengeluaran.



FUNGSI RAYCODE SYSTEM

RAYCODE SYSTEM atau dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pengeluaran ialah aplikasi pangkalan data ( database) yang digunakan untuk merekod pembelian dan penjualan barangan. Dengan menggunakan sistem ini, ianya memudahkan pengusaha – pengusaha perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana seperti Kedai Buku, Kedai Alat tulis, Kedai Perabot, Kedai Kasut, Kedai Alat Telefon, dan lain2 untuk merekod maklumat pembelian barangan,rekod pembekal serta penjualan.
Boleh digunakan bersama dengan mesin pengimbas barkod untuk merekod jualan seperti di gunakan di pasaraya.


interface raycode system

Raycode System mempunyai kemudahan untuk mencetak resit pembelian dan tuan punya perniagaan boleh merekod butiran pembelian bahan mentah, pengeluaran bahan mentah, rekod pengeluaran, rekod jualan, maklumat pembeli,maklumat penjual serta membuat pengiraan baki stok secara automatik Kedudukan baki stok barang juga dapat diperolehi dengan pantas dan dengan ini memudahkan pengusaha untuk membuat pembelian barangan.

Raycode System juga mempunyai kemudahan untuk mencetak barkod. Barkod ini boleh ditampal di mana – mana barang yang tidak mempunyai pelekat barkod. Selain itu, pihak Raycode System Developement ada menyediakan penjualan barcode Generator yang akan AA terangkan selepas ini. Sistem ini mengandungi data – data pembekal,data pembeli rekod barangan serta rekod jualan. Sistem ini sesuai untuk kegunaan premis peniagaan persendirian bersaiz kecil dan sederhana dan digunakan secara setempat.

Dalam kata mudah, anda boleh bayangkan sistem yang digunakan di pasaraya besar seperti Giant/ Tesco yang mana menggunakan sistem komputer dan barcode scanner.


KANDUNGAN OPERASI SISTEM PENGURUSAN PENGELUARAN


Di dalam sistem ini, terdapat beberapa elemen.

  1. Modul - Rekod Jualan, Tempahan, Pembelian, dll.
  2. Laporan - Rekod bayaran dibuat , Baki Hutang, Baki Stok, dll.
  3. Tetapan Data - Cukai barang, Cukai Perkhidmatan.
  4. Kemudahan Dan keselamatan Data - Sistem yang menggunakan katalaluan, Backup
  5. Mesra Pengguna - Buta ICT pun boleh guna!


BARCODE GENERATOR

 

Seperti yang AA katakan di atas tadi, pihak Raycode System Developement menyediakan perkhidmatan penjualan barcode generator. Barcode generator ini berfungsi untuk menghasilkan barcode yang tersendiri bagi produk-produk yang belum mempunyai no barkod khas.

Contoh ; Anda seorang Peruncit Mini Market. Anda mahu menyediakan no barkod pada setiap produk yang anda sediakan di kedai anda. Nak guna puncher harga nampak macam low class kan? Lepas tu kena punch harga pada mesin pengira harga pula kan? So, di sini, pihak kami menyediakan kemudahan yang senang dan mudah untuk anda. Tak perlu bersusah payah untuk punch harga sana sini, cuma beli barcode generator. Apa yang menariknya, barcode generator ini mempunyai 65K no barkod. Anda boleh generate seberapa banyak nombor ikut keselesaan anda. Kemudian cetak no barkod anda pada sticker A4 dengan menggunakan laser printer. Mudah bukan??








PERTANYAAN / TEMPAHAN / MAKLUMAT TERPERINCI


SEBARANG PERTANYAAN ATAU PEMBELIAN, BOLEH BERTANYA PADA AA MELALUI KAEDAH :

FACEBOOK : ANIRAH AZURI

ATAU BOLEH BERURUSAN TERUS KEPADA BOS RAYCODE SYSTEM DEVELOPMENT

PEMILIK : Zulkifli Bakar 
BLOG : SISTEM PENGURUSAN PENGELUARAN
NO FON : 019 5606066 / 0134910010 /  
EMAIL: zulsystem@yahoo.com
FACEBOOK : ZULKIFLI A BAKAR


KENAPA PERLU BELI DENGAN KAMI?


Kami memulakan perniagaan mencipta aplikasi untuk kegunaan sekolah - sekolah seluruh Malaysia bermula pada tahun 2000. Sistem - sistem yang dibangunkan oleh kami telah digunakan di lebih daripada 1000 buah sekolah - sekolah. Anda boleh melihat bukti melalui laman INI. Kerana mendapat kepercayaan yang tinggi, pihak kami membuat operasi baharu seperti Raycode System ini untuk penggunaan jualan barangan pengguna. Sistem perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan serta harga yang berpatutsan membuatkan pelanggan - pelanggan meyakini sistem yang kami bangunkan. KENAPA PILIH YANG LAIN SEDANGKAN KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan