Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Sabtu, 7 September 2013

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM

Semua pembaca di Malaysia akan tahu bila sebut Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM. Tak perlulah di ulas di sini.
 
UPSR tidak berapa hari lagi akan tiba. Tentu bagi ibu-bapa yang mempunyai anak di tahun 6 (darjah 6) tentulah sedang memikirkan ke mana akan di arahkan anak mereka yang akan melangkah ke alam persekolahan menengah tahun 2014 yang akan tiba bebarapa bulan lagi.
 
Bagi anak-anak yang berada di tahun 6, sudah tentu sedang berkira-kira ke mana mereka selepas tamat persekolahan pada tahun ini.
 
Pencapaian kanak-kanak di masa ini sangat lah baik, banyak di kalangan anak Melayu dan bumiputra yang dengan senang mencapai keputusan terbaik iaitu 5A. Mungkin juga pencapaian ini berhasil dengan usaha kerajaan menyediakan pasarana persekolahan dan guru-guru yang terlatih dan mencukupi di samping pengetahuan/kesedaran terhadap ilmu oleh pelajar dan ibubapa.
 
Kepada ibubapa marilah kita bimbing anak untuk memilih sekolah yang terbaik untuk mereka, antara sekolah tersebut ialah:
 
 
  1. Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014 (Telah di buka mulai 1 Sept 2013 dan akan di tutup pada 15 Okt 2013)
  2. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) - Akan di buka permohonannya selepas keputusan UPSR di ketahui.
Di sini saya akan bawakan sedikit info bagi permohonan MRSM
 
 
 
SYARAT KEMASUKAN KE MRSM



 BAGI KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU  2014, PERMOHONAN ONLINE BELUM DI BUKA. WALAUPUN BEGITU KITA BOLEH AMBIL CONTOH DARI KEMASUKAN T1 2013 SEBAGAI PANDUAN. PERMOHONAN T1 2013 ADALAH SEPERTI DI BAWAH.
 
 
Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2013 Di Semenanjung Malaysia
 
Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2013
 
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 20102 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2013 di Semenanjung Malaysia.
 
Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab.
 
MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di
  1. MRSM Kota Putra(ululalbab+igcse), 
  2. MRSM Gemencheh dan
  3. MRSM Kepala Batas.
Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
 
Di samping itu mulai tahun 2013, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang dan beberapa MRSM yang lain. (Rujuk pada iklan) Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.
Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
 
 
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
 
MRSM Biasa
  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  • Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
MRSM Ulul Albab (Agama)
  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  • Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
  • Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  • Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  • Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.


MRSM IGCSE
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
  • Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
  • Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
 
 
Pemilihan
Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
  • Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
  • Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Katalaluan
Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi iaitu 19 November 2012.
Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
Isi Borang Online
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Maklumat
Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
 
 
Tarikh Tutup
Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada
1 Disember 2012.
 
 
Syarat Kemasukan Tingkatan Satu MRSM Semenanjung
Kurikulum MRSM
Sistem Penilaian
Kemudahan Pelajar di MRSM
Soalan Lazim
 
 



 SUMBER mrsm Gemencheh


 
 

 
 
 
 

 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan