Serikin's

Permohonan Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Sesi 2014

Sabtu, 14 September 2013

KENAPA SUSAH NAK DAPAT BE NUFFNANG? FAHAMI ASASNYA DAHULU!






Setelah beberapa tahun berblogging, AA tak pernah nak merasa BE Nuffnang! Kenyataan ni! Sebelum ni AA dah salah anggap dengan pendapatan ciput AA dalam Nuffnang, ingatkan tu semua BE, rupanya CPC ( Cost-Per-Click ).


BE dan CPC ni adalah 2benda yang berbeza. Mari AA terangkan.




CPUV ( COST-PER-UNIQUE-VISIT ) CAMPAIGNS


CPUV @ BE adalah iklan yang berlegar dalam blog kita berdasarkan kiraan masa. Kiranya, pihak pengiklanan memilih blog anda atas beberapa kretirea. Mungkin sebab blog ramai pengunjung, trafik tinggi/maintain, "orang kuat Nuffnang", Tempat iklan dan Status Geli-geli Glitterati. Boleh baca Tips Cara Untuk Dapatkan BE Nuffnang! Bagaimana nak tahu kita dapat BE? Cuba tengok gambar kat bawah. Nak tunjuk yang AA, AA tak pernah ada lagi rekod ni.


Dalam rekod BE ni,Ia ada Campaign, Blog, Start Date, Status, CTR, CTR Bonus, danAmount.



Belas ehsan Google --> LINK





Campaign = Jenis kempen yang berlegar dalam iklan blog anda. Contoh ; Digi, CIMB dll.


Blog = Blog anda

Start Date = Tarikh bermula kempen dalam blog anda

Status = ada 2 status ; Credited dan On Going. Status Credited bermaksud, kempen yang masuk dalam blog anda dah tamat dan sudah diberikan RM nya. Status On Going pula bermaksud, kempen dalam blog anda tengah berjalan/berfungsi. Nilai RM sebenar belum lagi ditunjukkan dan hanya RM semasa yang ditunjukkan. Faham?


CTR = Click Trough Ratio. Maksudnya Bilangan klik pada iklan anda. Semasa proses berlakunya iklan, maka makin tinggilah CTR. Makin tinggi CTR, makin banyak earningnya. Akan tetapi, ramai blogger yang amalkan " Sila klik iklan saya, nanti saya klik iklan awak." Hehe, cari padah ni. Jaga-jaga, Nuffnang bijak bro. Jangan gatal-gatal tinggalkan pesanan macam tu, sebab nanti anda boleh didetect sebagai fraud Click! Fraud Click? Dalam next post AA akan terangkan apa itu Fraud Click. Untuk pengetahuan, sila Google je dulu.


CTR Bonus = Terpulang pada Nuffnang, Bonus ni dapat daripada CTR. Dapat CTR Bonus, maknanya dapat banyaklah amount/earningnya tu.


Amount = Jumlah wang yang terkumpul untuk kempen berstatus On Going dan Credited.


Faham setakat apa yang AA terangkan mengenai BE? Tak faham, drop komen dalam box bawah ok? 




CPC ( COST-PER-CLICK ) CAMPAIGNS

CPC ni adalah iklan yang masuk dalam blog yang diklik oleh pengunjung. Kalau bernasib baik, klik yang diklik itu akan membuahkan hasil. Biasanya kalau yang berstatus glitterati akan dapat RM0.25. Banyak dah tu. Kalau keahlian biasa RM0.15 je kot. Kalau tak silap AA lah, kalau salah sila betulkanlah ye.


Selama AA berblogging, AA bergantung harap pada CPC ni je le. Mungkin lagi 10 tahun kot dapat cashout. 


Nuffnang, please bagi le BE 10 serentak dalam blog hamba ni. Sedih betoi! 

Cukup dengan fahaman pendek mengenai BE dan CPC ni? kalau ada apa yang musykil, boleh tanya AA. Walapun tak pernah dapat BE, tapi pengkajian akan tetap diteruskan untuk fahaman pengguna lain. 


# Pada yang nak tanya Nuffnang tentang kemusykilan akaun anda, sila hantar tiket. Ini juga tips dapat BE. Cara nak hantar tiket? Refer --> Cara Hantar Tiket Kepada Nuffnang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan